Hatiku berdebar-debar dapat panggilan daripada wakil kedai kasut. Aku diterima untuk bekerja dan aku tersenyum sejenak mengenangkan nasib bertuah dapat diterima bekerja. Aku segera menyiapkan diri untuk temuduga keesokan hari. Bermacam-macam aku fikirkan kalau dapat gaji pertama, sudah tentu aku akan tolong ibu dan adik-adikku. Maklumlah, aku merupakan anak sulung daripada 5 adik beradik sementara ayah aku hampir tiap hari membanting tulang demi menyara kami sekeluarga. Ibu aku tidak bekerja. Hanya di dapur sahaja rutin harian ibuku. Keesokkan hari, aku sampai di sebuah pasaraya dan terus menuju ke tempat kerja aku. Jawatan yang dipohon olehku sebelum ini hanyalah pembantu jualan. Memang sudah dijangka gaji hanya RM 500.00. Ah! tak mengapa bagiku kerana itu pun sudah cukup yang penting aku diterima untuk bekerja. Maklumlah, baru sahaja selesai tamat sekolah tingkatan 6 sementara menunggu tawaran pengajian. Pada mulanya, aku cuba membiasakan diri dan aku punyai kelebihan! Aku mampu menyesuaikan diri dan menguasai kerja aku dalam tempoh masa yang singkat.
Seperti biasa, insan sepertiku punyai perasaan. Cinta! Sebelum ini aku pernah bercinta dengan seorang anak polis. Cantik rupa parasnya. Dah 2 tahun aku bersamanya dan macam-macam la yang kami hadapi bersama. Tapi sejak aku bermula bekerja di kedai kasut, hubungan kami rengggang semenjak dia kantoi berhubung dengan exBF lama dia. Aku jadi tak menentu. Kadang-kadang mood kerja terpaksa aku paksa untuk bekerja. Dalam hatiku mengatakan,jangan dilayan perasaan itu. Seperti biasa, aku melakukan kerja aku. Pakaian yang dipakai aku selekeh. Kadang-kadang jeans koyak baju plain. As usual, earphone pada telinga, lagu "The Chemistry between us" oleh Butterfingers menjadi panduan hidupku menempuh segala perasaan tidak menentu. Waktu rehat, ramai yang keluar makan tengah hari. Ramai pekerja dari pasaraya keluar makan di kedai-kedai. Ada juga yang bawa bekalan dari rumah masing-masing. Aku keluar bersendirian. Tiada sesiapa yang menemani. Tak kan nak ajak Fauziah, rakan sekerja. Hehe. Aku makan di kedai makan yang bersebelahan dengan kedai kasut. FUH! GRUNGE rasanya kalau hisap rokok lepas makan. Seperti biasa, aku duduk di luar kedai sebelum sambung rutin harianku. DUP DAP DUP DAP. Hatiku berdebar! Rasa lemah hatiku..cantik orangnya. Rupanya, dia juga pekerja di sebuah pasaraya. Berpakaian juruwang pasaraya tersebut. Aku mula sekali sekali pandang ke arahnya. Oh Tuhan, adakah aku jatuh cinta lagi? Tidak cukupkah dengan cintaku sebelum ini? Aku tertanya pada diri sendiri, adakah dia yang ku cari sebelum ini?
Ya. Aku mengenali dia yang ku lihat tengah hari tadi. Tetapi aku hanya mengenali di laman sesawang FRIENDSTER sebelum ini. Kemudian, FACEBOOK. Aku mencarinya di FACEBOOK. Oh ya, dia lah orang itu. Aku tersenyum. Rasa kejam pula kalau aku meluahkan padanya rasa suka padanya. Sebab aku tahu dia kawan baik kekasihku ketika itu. Bagaimana rasanya kalau aku meluahkan padanya, ah! Tak mungkin. TAK MUNGKIN terjadi. Rome, jangan lah bermain dengan perasaan itu. Mungkin datang sementara. Ya, aku harus tepis perasaan itu. Tuhan maha adil, jangan curang Rome. Seperti hari-hari yang lain, aku memulakan rutin seperti biasa. Tiba-tiba, perempuan yang ku lihat semalam muncul semula di depan mataku. Terdetik hatiku, Oh Tuhan, mengapakah dugaan ini juga Kau beri padaku? Adakah Kau menguji kesetiaanku pada kekasihku? Atau, Kau telah beri isyarat padaku supaya tinggalkan kekasihku? Keadaan menjadi tegang dan aku tertanya, haruskah aku jatuh cinta lagi?? Hatiku sentiasa berdebar setiap kali aku terpandang wajahnya. Ayunya...milik siapakah dia. Aku beranggapan dia sudah ada orang yang punya.
Aku telah diarahkan staff untuk pergi ke supermarket untuk beli kelengkapan kedai. Aku bersama Fauziah pergi ke supermarket. Bahagian hardware. Sementara itu, aku pernah menceritakan kepada Fauziah tentang perempuan cashier pasaraya. Aku mahu bercakap dengannya. Fauziah tersenyum, aku bertanya, "Kenapa kau senyum? Aku cuma terasa malu kalau nak bercakap dengan perempuan yang aku suka. " " Eh, kalau kau suka dengan perempuan tu, baik jadi gentleman, berdepan dengannya. Janganlah kau pandai meluah kat aku pulak" balas Fauziah. Nampaknya peluang cerah. Aku melulu ke kaunter juruwang yang ku minat. Bagaikan takdir Tuhan, ada pelanggan yang lain buat bayaran di kaunter lain. Hanya dia yang masih kosong tiada pelanggan buat bayaran. Oh Tuhan, adakah ini pentanda bagiMu padaku? Aku tertanya-tanya, apa yang Tuhan tentukan padaku? Aku tak lepas daripada terus memandang ke arahnya. Tetapi dia langsung tidak memandang aku. Hanya senyuman yang dilemparkannya. Manisnya senyumanya. "Cuba kau tengok pada resit. Namanya "CATZ"." Fauziah memberikan padaku resit tersebut. Ya, nama yang tertera pada resit "CATZ". Sah, memang dialah kawan baik kekasihku. Hm. Sejenak aku berfikir. Takkan la aku jatuh cinta pada kawan baik kekasihku sendiri. Tetapi aku hanya dapat tahu pada hari itu. "Resit ini aku simpan dalam dompet. Kenangan. " kataku. Fauziah hanya tersenyum melihat gelagatku bagaikan gila bayang pada Catz.
Tiap hari aku bersemangat turun kerja dengan harapan dapat melihatnya. Masuk sahaja waktu tengah hari, aku keluar. Harapan dapat melihatnya. Selalunya, kawannya sentiasa bersama dengannya tika waktu rehat. Pernah juga Catz memandang ke arahku,aku pula tersimpul malu. Buat-buat tak nampak. Malunya... Aku sentiasa menunggu peluang untuk mendekatinya tetapi gagal. Maklumlah, malu. Perasaan aku ketika itu mula berkocak. Hatiku berdengup kencang, tiap kali aku nampaknya. Pada ketika aku bekerja, Catz bersama kawannya masuk ke dalam kedai. Wah, aku cuba mendekatinya sebagai pelanggan. Belum sempat melayan, dia beredar dari kedai. Kawan-kawan staff yang lain hanya tersenyum melihat gelagatku. Nampaknya, semua orang dah tahu. Hubungan aku dengan kekasihku semakin hari semakin renggang. Aku cuba lari dari masalah menimpa kami berdua. Saya seakan-akan sudah menjangkakan perkara ini berlaku. Curangnya dia padaku. Kawan aku sendiri pun dia nak kebas. Oh Tuhan, kenapa begini yang aku aku lalui? Hm. Rasanya, aku tidak bersalah kerana aku sanggup buat apa sahaja demi dia tetapi balasan yang ku terima sungguh kejam. Retak menunggu belah sahaja.
Satu hari, aku ternampak Catz bersama seorang lelaki. Hm. Kecewanya aku. Mungkin itu lah teman lelakinya. Ya, mungkin sahaja dan Fauziah pernah memberitahu padaku, pergilah berterus terang padanya. Tetapi aku sentiasa menunggu masa yang sesuai nak berjumpa dengannya. Tapi, mungkin aku sudah terlambat. Aku balik dengan kecewa tetapi masih menaruh harapan padanya. Mana tahu, masih ada ruang untukku. Aku terima surat daripada kerajaan. Aku buka dan baca, panggilan temuduga. Aku tersenyum, dan memanjatkan syukurku padaMu Tuhan. Rezekiku pada tahun 2010 melimpah. Aku mula merancang untuk berhenti kerja seandainya aku diterima kelak. Semakin hari semakin dekat masa untuk aku berundur dari bandar Sibu. Aku akan memulakan latihan di Kuching pada bulan Julai. Sedih rasanya, Catz masih dalam ingatanku. Hubunganku dengan kekasihku bagai tiada kemajuan. Aku pergi meninggalkan Sibu dan tidak tahu apa yang berlaku. Pada tahun 2011, aku berhijrah ke Johor Bahru. Penempatan tempat aku bertugas. Aku mula berjauhan dan mungkin pulang untuk bercuti sahaja selepas ini.
Semenjak itu, aku mula menjejaki sesiapa sahaja rakan dalam FB termasuklah Catz. Akhirnya, aku dapat tahu Catz sudah berpunya. Dia dimiliki oleh seorang lelaki yang bertuah. Dalam hati masih ada lagi menaruh harapan padanya. Aku mula memberanikan diri add friend. Approve dan aku mulakan chatting dengannya. Yah, aku mahu mendekatinya dan mengenalinya lebih dekat. Tetapi Catz seringkali juga memadamkan akaun FB. Payah juga mencarinya. Hinggalah aku dapat lagi akaun barunya dan aku terbaca statusnya.. Catz bermasalah dengan BFnya. rasa nak tolong tapi apa yang aku mampu lakukan untuknya. Waktu itu, Catz dan aku sering berbalas mesej di dalam FB dan kadangkala aku pernah juga meluahkan perasaan aku yang dikecewakan oleh exGF.
Semakin hari semakin rapat. Aku sering berbalas mesej dengannya. Aku cuba mencari masa yang sangat sesuai untuk meluahkan kepadanya. Aku sedar aku dan dia berjauhan. Aku berisiko untuk meneruskan hasrat aku meluahkan perasaan aku padanya. Aku cuba memberanikan diri. Tanggal 12/03/2013, ketika aku selesai tugas di luar, aku balik ke rumah dan seperti biasa aku daftar masuk FB dan chit chat bersamanya. Sebelum ini, aku berasa sangat senang bercerita dengannya walaupun dalam FB sahaja. Catz selalu bercerita padaku dan aku selesa bersama dengannya. Ada sahaja yang membuat aku tersenyum seorang diri. Aku mulakan perjuanganku untuk meluahkan perasaanku padanya. Yes! aku berjaya meluahkan padanya. Terkejut juga agaknya dia.
Aku mula diterima tetapi, mainan perasaan ini sentiasa menyeksa aku. Aish.. Oh Tuhan, kenapa ujian ini Kau berikan padaku? Catz menyayangiku sepenuh hatinya. Aku sedari aku telah disayangi orang yang aku tunggu-tunggu selama ini. Tetapi,mengapa aku sukar untuk menyanyanginya sepenuh hati?? Oh Tuhan, mengapa ini terjadi oh Tuhan? Apalah kekuranganku pada dia? Hm. Sejenak aku berfikir aku harus teruskan hubungan dengan Catz. Aku mula mengenalinya lebih mendalam. Mungkin terlalu cepat untuk ku meluahkan kepadanya. Hinggalah bulan ketiga, aku mula menyayanginya. Aku bagaikan enggan hidup tanpanya.. Aku sangat memerlukannya setiap hari.. Aku sangat mencintainya. Yes! Dia mencintaiku juga. Terima kasih Catz.
Aku tidak sabar pulang bercuti pada penghujung tahun untuk berjumpa dengannya. Aku mula menghitung hari detik-detik untuk bersama dengannya untuk kali pertama. Cinta jarak jauh sangat menyeksa jiwaku tetapi aku harus bersabar kerana aku beranggapan mungkin ini hanya sementara kerana aku percaya Tuhan adil dan tidak sekejam untuk memisahkan cinta kami berdua. Langit yang cerah tidak sampai ke hari malam. Panas tak berpanjangan, hujan di tengah hari. Catz mula meluahkan padaku bahawa dia belum lagi bersedia untuk menerimaku sepenuhnya dalam hubungan cintanya. Kerana dia masih mencintai ex BFnya.Nampaknya dugaan kali ini lebih besar dari yang sebelumnya. Aku sentiasa berjuang dan meyakinkan dirinya bahawa akulah orang yang selayaknya berada di dalam hatinya. Catz sentiasa memberi peluang padaku dan status masih tergantung. Aku kecewa.
Aku mula memikirkan, adakah kali ini dugaan aku lebih besar diterima olehku? Aku berdoa dan berharap tiada lagi penderitaan untukku. Sejenak aku berfikir, adakah ini balasan daripada perbuatanku yang berdosa memainkan perasaan cintanya padaku? Hm.Sejak mula dahulu, aku sememangnya suka padanya. Tika aku meluahkan perasaan padanya,aku masih sayangkan dia. Sehingga dia pernah meluahkan padaku, "bie,aku sayang padamu,dan aku takut kehilangan kamu. aku jadi takut untuk mencintaimu lebih dalam kerana takut cinta ini melukai diriku lagi. cukup la sekali aku dilukai" katanya padaku. Aku menjawab katanya seperti tiada jawapan sepatutnya. Aku seperti mempermainkan cintanya. AKU BENCI DENGAN DIRIKU! Tetapi ketika itu aku tidak tahu telah melukai hatinya. Hm. Aku berdosa padamu Catz, Maafkan aku jika aku panas baran dan sentiasa tak ada mood. Sehingga aku tahu rasa cintaku padanya tidak dapat ditukar ganti lagi.
Catz,insan yang istimewa bagiku. Dia lah cinta ku yang terakhir. Itu janji aku. Hari yang ditunggu sudahpun tiba. Aku bakal pulang bercuti di Sibu,insan yang pertama yang ku ingin bersama selain family, Catz! Rasanya, ini yang pertama kali aku berjumpa dan bercakap dengannya. Krismas pertama, aku telah dijemput olehnya di rumah aku untuk pergi ke rumahnya. Meriahnya,waktu itu abangnya bersamaku dan mereka melayanku dengan baik sekali. Akhirnya, orang tua Catz,telah berjumpa denganku. Gementar rasanya bila berdepan dengan ayahnya. Wah. Amaran keras dan aku faham dengan amaran tersebut. Catz tersenyum sipu melihat gelagatku telah diberi amaran. Tetapi aku merasakan mereka merestui kami berdua.
Ketika aku pulang ke rumah, Catz telah menghantar aku. Aku sempat mencium pipinya dan ini merupakan ciuman pertamaku padanya! Catz, kaulah wanita pertama aku sayang sepenuh hati. Aku sanggup buat apa sahaja demi kau Catz seorang. Catz, kau lah sering menyerikan hari-hariku. Aku sgt menyanyangimu. Ketika kami bersama, ada saja yang buat bersama. Ketika dia jatuh sakit dan telah dihantar di klinik, aku sanggup pergi ke klinik untuk menemaninya. Alangkah bahagianya,jika di klinik kami berdua sah suami isteri. Kami berdua pergi ke mana sahaja asalkan ada masa dan peluang untuk bersama. Cuti hanya 2 minggu dan kami cuba memenuhi cuti tersebut untuk bersama.
Belawai destinasi kami bersama untuk kali terakhir. Aku masih ingat. Malam 30/12/2012. Pahit manis kami lalui bersama berakhir di malam 31/12/2012. Aku tahu Catz mahu bersamaku di malam tahun baru. Aku...telah melakukan kesilapan besar dalam hidupku. Itulah kali terakhir aku berjumpa dengannya di rumah menyambut perayaan Tahun baru bersama keluarganya. Kami semua berborak dan bergembira tetapi itulah kegemberiaan terakhir bagiku bersama dengannya. Itu lah kali terakhir aku bersama-sama meluangkan masa. Pada keesokan hari, Catz akan berangkat ke Kuching untuk melanjutkan pengajian di Kolej.
Semenjak kali terakhir aku berjumpa dengan Catz, kami sering berbalas mesej sahaja. Rindu terasa ingin bersama semula tetapi apakah daya, bukan semula kita inginkan, dapat selamanya. Akhir sekali, Catz memutuskan tidak mahu meneruskan hubungan denganku lagi. Catz mengakui padaku, dia lebih sayangkan ex BF dan telah pun kembali bersama semula. Sedih, kecewa, marah. bercampur-campur perasaan aku ketika itu. Aku ingin sekali bersama dengannya tetapi kali ini aku tidak dapat bersama dengannya lagi. Catz kembali bersama dengan kekasih lamanya. Oh Tuhan, besar sungguh dugaanMu padaku. Sesungguhnya,kuasaMU tidak mampu ku tempuhi kerana aku hanya insan biasa yang lemah dan berdosa. Adakah ini balasan aku ketika aku bersama dengan Catz? Aku mengambil masa yang lama untuk memulihkan hati dari kecewa. Ternyata aku tidak dapat menahan rasa sedih. Air mata menemaniku pada malam hari. Aku hanya mampu menyimpan gambarnya di dalam telefon bimbitku. Aku telah buat apa sahaja untuk cat dan aku berdoa supaya Catz dapat kembali bersamaku lagi.
Aku terpaksa menerima dengan hati yang pedih dan sedih. Aku terpaksa merelakan dia pergi bersama lelaki yang disayanginya. Aku terpaksa untuk menghormati keputusanmu. Catz, hingga hari ini aku ternampak beberapa keping gambarmu bersama dengannya di FB. Aku cuba menerima dan aku tidak menyalahkan sesiapa dalam perkara ini. Aku berharap dia yang layak sentiasa menceriakan harimu Catz. Aku terima aku pasrah. Aku menyerah. Aku tidak mampu lagi melawan. Hatimu untuk dia dan hargai cinta sebenar.. Aku bersumpah dan berjanji, tidak akan mencari ganti dan tiada sesiapa dapat menganti Caterina dalam hatiku. Dia cintaku selamanya. Akan ku bawa hingga ku mati nama mu Caterina. Mungkin nanti kita akan bersama jua Caterina, cinta sejati hatiku...
romy sangiang markus
your best friend boy.
.jpg)
